Blogger Layouts

my bucuks & sayangs saya

my bucuks & sayangs saya
SALAM.ini famili|sharifahsarah|norfarahin|GBS|nadiahaqilah|nurjannah|nadiahfadirah|KARIPAP|zarinsofea|5dailamiMRSMPDRM08|4f26KMPh09 saya.terribly & damnly love them.dont u ever touch them or else i'll beat,bite & kill u!

Saturday, May 11, 2013

Careless

Assalamualaikum

Dan Salam Sabtu :D

Walaupun harini Sabtu, kami okay class Community and Housing Planning direct dari pukul 10 pagi sampai 5 petang. Kami okay. Kami okay. *tunjuk muscle*

Okay sebenarnya, aku dah buat satu kesilapan di awal awal bulan May ni tsk tsk U.U Aku ni memang careless! Memang takleh dipercayai! Taknak kawan dengan diri sendiri! K gedik.

Emm. Kalau dulu, aku selalu kena marah dengan Abah sebab tak alert dengan bebenda yang penting. Dah lebih 2 kali tau aku salah time flight depart aku. Abah selalu marah. Sebab membazir masa. Bazir tenaga. Penat siap awal awal, tapi flight lambat lagi.

Nasib baik semua tu kami terawal. Kalau terawal, hang nak korek mana duit beli tiket flight sendiri Nuraisha oi? Nak beli mekdi pun mintak duit kat orang. *kening cantum*

Dah la nak balik JB ni sedih. Pastu kena marah. Double triple sedih tau T_T

So lelama aku pun dah makin matured dan oh yes well Im already 22 bebeh! Once Abah or Bilal or Bizam cakap dan book tiket, mesti zzapp teros aku save dalam phone, print screen email dari phone, copy dari email direct masuk note pad kat desktop. K settle.

Kira habih alert lah ni kan. So dah lama takdak problem dengan time depart aku. 

Serik tau kena marah time nak balik JB. Rasa dia serupa tengah senggugut pastu orang paksa lari 800m.

Dalam kebanggaan, ada kesilapan. Ewahhh. Bebaru ni Bilal tanya cuti sem bila. Nak book tiket. Aku dah BBM Bilal 8 June Bilal 8 June. Tapi time tu Bilal tengah keja luaq. So okay takpa takpa.

Then dia call lagi tanya. Aku jawab 8 haribulan 8 haribulan. Dia tanya bulan depan ka. Dengan confident togeh nya aku jawab ha betoi haaa.

PADAHAL TIME TU BARU APRIL KHOTTT INGATKAN DAN MAYYYY! U.U

Semalam, ketika aku berniat nak mintak topup, Bilal tanya kenapa sekarang still kat JB. Bukan dah balik Penang ka?

OHOHOMAI BILAL BOOK TIKET 8 MAY HOHOKAI

Bilal marah kita. Bilal cakap membazir. Aku ni careless sebab tak alert dengan date bagai. Aku tak concern pasal benda penting. Aku ni tak sayang duit U.U

Oh ya dekat 2 jam jugak aku kena ceramah. Membazir la, tak appreciate duit la. Wuwuwu sorry U.U

Aku terpaksa menadahkan mata dan jari untuk teros membaca dan menghayati ceramah Bilal tu (walaupun letih la jugak khennn pukul 3 pagi kot) sebab aku tau salah aku. Tengok balik benda yang aku copy, print screen semua tu, HA'A MAY KENAPA AKU TAK PERASAN NIIII AAAAAAAAAAAA *minum clorox*

Aku ni memang tak reti bersyukur. Sorry Bilal. Isha bukan sengaja. Isha pending skit. Nak habih sem dah kan. Studio tengah final project. Tu tingtong skit.

Hiksss.

Aku kena denda sebenarnya dek ke-carelessan aku ni. Denda dia rahsia. Dah siap baru tak rahsia. Hew hew.

"Dah tu tiket betoi 8 June sapa nak beli?!"

"Emm takpa la Isha baru dapat cash menang haritu kat Singapore. Takpa lah Isha guna duit sendiri beli"

"Awat banyak sangat duit nak beli sendiri????"

K thanks Bilal beli lagi tiket kat Isha. Bilal ni garang garang tapi dalam hati pinky tauu. Tentiuuu memuah! Promise tak buat dah ;)


Walaupun Bilal garang macam rimau tapi Isha tau Bilal lagi hensem dari rimau tu. 

Wednesday, May 8, 2013

Hello May!

Assalamualaikum


Hello May! :D

Tak busy pun tapi malas jugak nak update. Dasar pemalas *flip misai*.

Kehangatan PRU13 masih terasa. Tak perlu rasanya kita hangatkan lagi isu politik ni sebab aku kalau dapat becakap pasal politik, silap silap lepas ni aku sama level dengan Papa Gomo. Kekekek

Oh ya bebaru ni, kami kanak-kanak 3SBW jadi retis lagi apabila 10 orang daripada kami masuk Astro Awani. YAY! 

Kami diinterbiu dan dimintak untuk memberi pendapat kenapa eksaited nak balik mengundi dan perasaan kali pertama mengundi. Hiks

Jejemput la nengok 




Bilal cakap actually dia ada dua section. First 5 person masa pukul 9 pagi. Yang video ni yang 11 pagi punya. DAH LA VIDEO YANG PEPAGI TU ADA GAMBAR AKU BERCAKAP. K. Memang PAGI sangatlah aku bangun kan. K jejemput tengok ni pulek,


Syok gila dapat first experience masuk tivi cemtu. Rasa macam pelakon pulak. Budak budak ni lagi sakan. Nak masuk tivi punya pasal, duduk dalam lecture pun tak focus sebab fikir ayat nak cakap nanti. Ada yang carik dalam internet. Gigihnya...

*tiba tiba iklan spoloh saat*

Tiada astro dirumah? Tapi ada Android di tangan atau kocek atau beg? Tahukan anda Astro Awani App kini boleh didapati di telefon pintar Android anda? Dapatkannya hari ini! Tiada cas dikenakan. Ianya FOC! And suka kan barang FOC? Disamping anda juga dapat menyaksikan siaran ini live di webastroawani

*krik krik krik*

K.

Di saat semua kengkawan seronok heret beg pulang ke kampung halaman, aku dan Anis tegar tinggal di blok berdua-duaan. Kami tak dapat mengundi untuk PRU kali ni disebabkan faktor tidak cukup umur. Eh?

Jadi kami meluangkan bersama-sama lunch dan dinner. Selebihnya BUAT ASSIGNMENT COMMUNITY AND HOUSING. Tak pecaya? Ya memang tipu pun.

Selebihnya dihabiskan di hadapan laptop dan diatas katil memeluk bantal.

Jadi Isnin tu kami menghabiskan masa di City Square ber-mamam Seoul Garden dan ber-Iron Man 3 WHOAAA! Iron Man 3 super awesome sumpah!

Cc : Instagram Anih

Hidup kami diserikan lagi dengan kepulangan Tana dari Muor awal pagi tu. Hihi. Seronok sangat sebab rasa lama gila tak enjoy pepuas tanpa berfikir mengenai studio dan assignments lain. Pfft.

Kenapa seronok sangat? Sebab di saat hujung sem ni, Selasa lepas diadakan Prize Giving Ceremony untuk participants yang ke Green and Clean Waterfront kat Singapore haritu. Alhamdulillah we got the cash and we earned it! :D

So enjoy pakai duit sendiri. Puas wey puas!

Sunday, April 21, 2013

Taman Negara

Assalamualaikum dan Salam Ahad

*menguap*

Kauuu kalau hujan hujan ni menguap saja. Bila lagi nak enjoy masa tidur kalau bukan weekend ye dok?

Seminggu selepas kami ber-Singapore, letih pun tak habis lagi, kami sekalian kanak-kanak 3SBW menuju ke Taman Negara, Jerantut, Pahang pada 23 hingga 26 March untuk field trip subject Environment. Pagi sebelum field trip tu, kami semua bersepah di Batu Pahat dan Kluang untuk site visit studio. Letih aaaaaaaa letih.

Malam tu kami pun bertolak ke Taman Negara. Niat kami cuma satu, naik bas ja bom tidoq!


Here we gooooooooooo

Setelah hampir 10 jam mengebaskan pungkoq atas bas, kami tiba di Jeti menuju ke Taman Negara. Actually ada 2 options nak pegi sana either naik bas iaitu sejam ja, satu lagi naik boat iaitu selama 2 jam pfft. Memandangkan kami semua ni jakun ayam tak penah naik boat, maka kami sanggup mngorbankan extra charges demi dapat naik boat. Hiks


Jeti ke Taman Negara
Hambek kau barang

Memandangkan kami akan berada di sana 4 hari so barang yang kami bawak ni macam nak berkampung terus kat Taman Negara tu. Beras 5 kampit, bawang lagi, apa-apa lagi (taktau dah :P)


Pas kak jangan tak pas
Menuju ke boat yeayyyyyyyyyyyy


Hikhokk

Dan main pas pas naik boat, ni main pas pas turun boat dan menuju ke khemah pulak.


Beras taknak kalah

Camp site
Taraaaaaaaaaaaa dah sampaiiiii. Camp site ni memang turun temurun la sejak super super senior kami lagi. Dan buat pengetahuan semua, tempat ni actually tempat cik babs (babi). Kami yang curik tempat dia. So kalau dulu teringin gila la nak tengok babs babs ni tapi sejak pegi Taman Negara, dah muak dah tengok dia. Kuang kuang,


Canopy walk *acah acah berani*

Puncak Bukit Terisik

Semput woi

Done with our first day trip. Penat nya Allah ja tau. Dah la baru sampai. Padahal hiking 2km ja kot. Tapi boradwalk tu memenatkan kami. Semput woi! Tapi syokkkkkk.

Second day kami menuju ke Lata Berkoh. Sebenarnya aku ni short term skit. Tak ingat sangat nama tempat. So aku main hentam ja nama dan ejaan. Harap maklong. Kakaka. Okay kami dibahagikan kepada 2 group. Samada pergi hiking dan balik naik boat, atau sebaliknya. Group aku dapat pegi boat dan balik hiking. Sadis kan?


Itudiaaaaaaaaa

Takdak la sadis sangat. Yang penting kami dapat mandi manda lamaaaaaa. Sementara tunggu depa balik hiking, kami mandi sampai biru kuku dan kecut kulit.

Tau tau ja la Kayu tu "Cah jom mandi situ" "Cah jom mandi sana" "Cah jom mandi air dalam skit" LULZ


Mandi manda

Oh ya hari kedua ni menyaksikan kami hiking sejauh 8km. Nasib tak penat macam semalam sebab tak naik boardwalk. Tapiiiiiiiiiiiiiii pacat bersepahhhhhhhhhhhh. -___-

Third day, kami hiking sejauh 14km. Penat dia boleh tahan menguji keperkasaan aku jugak lah. Jangan nak perkasa sangat la Sha oi jogging nak pegi Taman Negara pun sekali ja pidahhh *pukul*

Time on the way balik, kami melawat perkampungan orang asli. TERUJA SANGAT! Tak sangka masyarakat orang asli masih dengan tradisi depa. Dengar cerita, kerajaan dan banyak tolong depa, bagi tempat tinggal yang lebih elok, tapi depa takmau.


3SBW di Perkampungan Orang Asli :)

Macam dari UN plak aku rasa lulzz
Sumpit <3 font="">
Tudia tudia itu pengalaman aku sumpit. Nampak abiang sebelah ajaq aku cara nak sumpit. Bau dia kauuuuuuuuuu...............

Yeay!

Akhirnya kami pulang ke Taman Negara. 3 hari berturut-turut hiking, FISRT TIME CEMNIIIII. BEST SUMPAHHHHHH.


Pffft

Forth day aka final day, kami mandi dan sesiap nak balik. Oh  hari last ni turn group aku memasak. Kami masak sendiri dan diberi kepercayaan untuk masak hari last. Okay tipu, kami yang pilih hari last. Kakaka. Aku yang teringin menunjukkan bakat dalam memasak seperti biasa ditegah keras oleh Kayu sebaik sahaja aku memegang pisau untuk memotong kacang panjang. Aku degil, aku potong jugak. Baru letak kejap pisau sebab nak tengok luar, Wan mengambil alih tugas aku memotong pisau. Okay tak pecaya aku okayyy -.-

Kesimpulannya, aku tak tolong masak pun. Aku jadi tester ja :(

Malam-malam kami yang hiruk pikuk dengan suara orang halau babs, gosh gonna miss that! Siapa yang kena on duty memalam tu bukan jaga pencurik or whatsoever, tapi jaga babs. Sebab sejarah senior kami ada batch yang khemas depa rosak dimusnahkan oleh kaum babs. Main kasaq nampak.

Tapi kami tak risau. Dengan adanya Mat Joe, si penghalau babs, kami tidak perlu berlari dek babs lagi. Dengan teknologi canggihnya menggunakan lighter dan ridsect. Wkwkwkwk

Kenangan terindah di Taman Negara. Sehingga kita bertemu lagi. Hiksss *kiss 6 jari gwiyomi*

*Gambaq credit to Anis dan Iskandar. Thanks hehampaa :*

Sunday, April 14, 2013

Kami Berjaya!

Assalamualaikum

Selamat bermid-term break untuk semua kanak-kanak kiut SBW dan juga sekalian UTM. Hew hew.

Walaupun dan dekat sebulan kejayaan di Singapore diraikan (ewah) tapi aku masih nak cerita. Kisah apa aku sebulan ka sedekad ka seabad ka?

Blog ni baru sihat dari coma. Haritu coma sekejap. Tak dapat dikesan sakit apa. Trololo. Rindu gila baq ang kat dia.

Pada 16 dan 17 March lalu, kami 20 orang wakil UTM yakni semua nya daripada program Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah UTM Jaybee mewakili Malaysia ke Singapore untuk program Clean and Green Waterfront. Program ini adalah usahasama Iskandar Malaysia dengan  Activistar Singapore.

Seminggu sebelum tu, kami dah berhempas pulas menyiapkan proposal untuk propose waterfront tu yakni melibatkan 50% daripada markah kami. Jadi tujuan kami ke Singapore adalah untuk menyettelkan (root word dia settle -_-) another 50% of all.

So 16 March tu kami betolak dari Iskandar Malaysia awal awal pagi der matahari pun tak bangun gosok gigi lagi. Ketika manusia sekalian alam baru nak siram pokok bunga, kami dah tepacak di imigresen. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan tiba di sana dengan selamat dan jayanya. Ewahh.

Presentation diadakan di Tampines Library.


Intro. Kakaka buruk nau muka aku tengah bercakap


Ten, ni paling okay Ten. Aku tau ko tak suka gambar ko candid -_-


Mlysha :)
Safuan :)

Kami merupakan team mates. Tanpa mereka, siapalah kami. Siapalah group Revisiting Puteri Garden. *menari*



Kena comment

Lantak la juri nak kata apa pun. Yang penting dah lepas presentation 25%. Pffft. Rasa macam baru berada di dunia realiti.



Legaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Setelah penat berdebaq, organizer membawa kami ke salah satu tepat wajib-dikunjungi-di-Singapore iaitu Marina Bay Sands Singapore. Aku seronok dapat gi tempat ni sebab selama ni bila Ma masuk Singapore melawat sedara mara dan aku malas dan Ma umpan kata kat sini ada bangunan best tapi Ma sendiri tak penah pegi dan aku pegi dah. Jyeahhhh.



Sampai!


Belakang tu la bangunan ada-kapai-ataih-bangunan


Lompattttt! 
Efa the SU. Apalah hidup aku tanpa SU agung aku sorang ni
Akhirnya balikkkkkkkkkkkk.


Muka berminyak boleh buat goreng ayam kepci.

Dah settle kat Marina Bay Sands tu kami pegi pulak melawat kawasan rumah kondominium yang hebak kat sini. Aku dah takda soul dah time tu. Penat. Lemau. Mengantuk. Muka berminyak.



Roomate memuahh :*


Geli tahu posing cemni? Kakakaka

Hari kedua kami memulakan hari dengan manghabiskan another 25% di Orchard Road (bangunan apa entah). Dalam masa 3 jam ja, model kami kena siap sepenuhnya. Ini gila.



10 minit terawal

Tak sempat siap pun sebenarnya. Quite kecewa sebab tak dapat siapkan fully as planned tapi alhamdulillah Allah permudahkan kerja kami.


Taraaaaaaaaaaaaaaa. Selepas 3 jam.
Letihnya walaupun buat model ja pun hanya Allah ja tahu. Setelah penat bedebaq, akhirnya, kumpulan kami diumumkan menjadi 2nd runner-up untuk kategori C! Wehuuuu. 

Hiks
Paling membanggakan kumpulan Anis, Kak Iera, Wani dan Saidah memenangi 1st runner-up untuk kategori yang sama. TAHNIAH HEHAMPAAAA! Champion goes to Polytechnic dari Singapore.

Kepada yang lain, tahniah jugak kerana sampai ke tahap ni. Alhamdulillah alhamdulillah syukur. Kita dah berjaya harumkan nama UTM sekaligus nama Malaysia di peringkat global.


*snff snff*

Gedik ayam

Segalanya berjalan lancarrrrr. Akhirnya kami membawa pulang 2 medal untuk UTM dan Malaysia. Cash bila nak dapat? Eh. Kbai


Depan IRDA :)
Sehingga kita bertemu lagi di lain masa. Terima kasih kengkawan semua 5 groups. Terima kasih IRDA. Terima kasih UTM. Terima kasih Malaysia!

Saturday, March 9, 2013

I'm Legally 22

Assalamualaikum *acah-acah muka matang*

Seperti yang kebanyakkan orang tidak tahu, 2 hari lepas birthday aku. Siapa la yang nak sangat tahu kan. Kesahhhh.

Walaupun aku sembunyikan (hide) birthday aku kat facebook, masih ada insan yang mengingati tarikh penting ini. I iz terharu. Mereka terdiri daripada sahabat-sahabat baik dari dulu sampai sekarang. Sahabat yang tidak pernah kenal erti DENGKI antara satu sama lain.

Hurm hurm

Di kesempatan yang ada ni, saya mengucapkan jutaan terima kasih buat semuorang yang wish. Tak kisahlah samada depa yang calling calling, texting texting, facebook-ing, twitter-ing, whatsapp-ing, viber-ing. Yang paling terharu kalau wish dedepan. Ittew asew nak sorok muka ittew kerana malu.

Terima kasih kengkawan *flying kiss*

Yang bagi kita hadiah jugak, terima kasih. Taktau nak balas dengan apa. Nah la flying kiss lagi satu *hembus*

Semuorang tanya celebrate kat maneww. Takdak maknanya aku nak celebrate kalau esok tu nak kena submit Inception Report kan. Celebrate dalam bilik ja. Orang call, gelak-gelak, okay sambung buat kerja. Call lagi, sambung gelak, buat kerja, call lagi, sambung gelak, buat kerja, call lagi...dah.

Aku dihadiahkan ke-cancel-an class di hari jadiku. Bahagia mok nokk.


1st person to wish
Ma menjadi 1st person to wish kat facebook. aku. Ma scan gambaq kekecik balik (tak salah time ni umoq 4 tahun). Hahaha. Comel jugak aku ni bye. semua condemn tocang dua aku. Weyy tocang dua ni la style aku dari kecik tau. Member sekolah rendah kalau jumpa aku sekarang mesti tanya, "tocang mana tocang?" 


-_______-

Sejak umoq 13 tahun, aku tak pernah celebrate birthday kat rumah. How sadddddd. Mesti date tu aku ada kat tempat belajaq, samada kat maktab, matriks, mahupun U. Pffft. Berapa tahun aku jadi survivor cemni. Nasib baik gagah perkasa.


:')
 Best wish from the bestfriend of mine. Thank you :)



Webbit gigi sebatang
Kita dapat bear webbit gigi sebatang dan cake nyonyonyo. Terima kasih Mlysha dan Wan. Semoga hampa berbahagia dan cecepat  dapat anak. Eh.

Thanks kepada yang lain yang hulur-hulur hadiah kat kita jugak. Tak sempat nak snap gambaq lulz. Thank youuuuuuuuuuuuuu. :*

Dan satu lagi hadiah bermakna di hari jadiku, perkhabaran tentang qualification proposal development aku and the groupmate untuk ke final competition of Waterfront Development by IRDA yeayers! Pertandingan ni adalah merupakan usahasama IRDA dengan Singapore. So next week, we will be at Singapore for model competition and presentation. Kalau menang, dapat harumkan nama UTM dan sekaligus nama Malaysia. Jyeahhh.

Singapore, here we comeeeeeeeeee *berenang selat tebrau* 

Tuesday, March 5, 2013

Mood Taman Negara

Assalamualaikum

Salam 1 MALAYSIA

Seperti petang kebiasaannya, aku menghabiskan masa di bilik. Itu pun kalau studio tak menjemput kami kesana untuk menyiapkan project. Aku selalu menggunakan kesempatan yang ada dengan baring sambil makan. Dan akhirnya tertidur.

Mlysha dan Aten dah fed up sangat ajak aku jogging pepetang sebab jawapan yang sama.

"Takmau"

"Takmau"

"Takmau"

Hari demi hari, jawapan yang sama berulang dan berulang...

Orang ajak main badminton takmau. Orang ajak pi naik kuda pun takmau. Dasyat betei tahap kedugungan aku ni ha.

Masuk semester 6 ni, seperti senior-senior kami yang lain, kami dah sedia maklum dengan course Environment yang wajib diambik oleh semua student SBW ni. Kami wajib akan ke Taman Negara Endau-Rompin. Homaiiii gila cool! Lama gila tak camping macam ni.

Last camping ni zaman maktab. Zaman maktab kalau boleh kata every year pegi camping. Kengkadang setahun lebih sekali pegi camping.So memang padu gila la time tu. Tak lelembik macam sekarang dah :(

Dah la lembik, gemuk, lemak banyak :(

Pastu bising kat Ma ngan Abah. Merajuk taknak makan nasik kat rumah. Dasar budak mengada-ngada! Dah tu sendiri merajuk, takdak sapa pujuk, sendiri bantai nasik setinggi Gunung Tahan. Tak malu. Lepas makan menyesal. Tengah malam pi seludup dapoq lagi. Carik lagi nasik diam-diam. I wan born to be a ninja *banananaaaaaaaa*

Tapi dah dasar anak dara tak senonoh bukak periuk pun bising, akhirnya si ibu dan si adik dengar dari atas dan mereka ketawa bersama. Cis

Dah tu setiap petang, aku perhati dari luar jendela, mengkagumi kebesaran yang maha esa. LOL. Okay. Aku tengok tingkap, bersepah la kanak-kanak SBW tengah jogging. Aku syak semua pakat nak fit ni nak pegi Taman Negara. Fuh fuh tercabar ni. Nak fit macam zaman maktab balik. Makan banyak, berak jarang, dan masih papan.

Abaikan muka hitam
Biar hitam sikit, janji kurus balik. T_T

The point is, tadi aku pegi jogging. Bye  

Saturday, March 2, 2013

March

Assalamualaikum

Dan salam Sabtu :)

Ketika semuorang sedang bahagia pulang kekampung memandangkan level of kebusy-an adalah rendah, aku masih disini, berdiri teguh menyiapkan proposal IRDA-Singapore untuk disubmit pada hari ini.

Hampa balik la. Hampa balik la. Gua perati ja. Gua perati ja dari jauh.

-..-

Voucher buku 1 Malaysia RM250 telah selamat bersemadi hanya dalam 2 hari. Dasar perempuan kuat habiskan duit *tumbuk cermin*

Terima kasih Malaysia!
Gambar diatas menunjukkan usaha aku untuk menyembunyikan beg pegi class pink geli-geli. Ternyata nampak jugak walaupun tali. Kekeliruan identiti agaknya. Cis.

March sudah tiba. Nampak disitu motip motip? Sudahkan semuorang kumpul duit beli hadiah at itew? Taknak la memahal. Cukup sekadar sorang belanja takoyaki, sorang belanja spaisi ciken mekdeluks, sorang belanja durian crepe, sorang belanja pizza with speghetti carbonara, sorang belanja lamb chop black pepper.... k

Belanja ibu jari kaki nak? K dah sambung buat proposal.