Assalamualaikum dan Salam Jumaat
Sudahkan anda potong kuku mengmasing. Kalau sudah tolong potongkan untuk saya. Saya malas. Ominomnom
Okay. Menghabiskan sisa-sisa terakhir di rumah macam ni memang tak cool. Tetambah bila tengok beg yang Mak gua dah pack sikit untuk balik sana. Arghhhh the world is being sooooo unfair to me :(
Senanya aku takda lah motif sangat nak update blog kali ni tapi bila difikirkan sejenak wifi kat UTM tu entah sihat entah belom, aku update la jugak. Takut nanti mengidam "nak update blog. nak update blog"
Oh mari berbicara mengenai praktikal atau lebih dikenali sebagai LI (Latihan Industri). UTM mewajibkan semua pelajarnya untuk attend LI. Tak paham motif UTM apa. Ada U tak perlu buat kot. Okay jelly.
Dan sebagai planner yang berjaya macam aku (amin) haruslah face LI sebanyak dua kali iaitu pada sem keempat dan keenam. Overall course aku adalah lapan sem ye buat pengetahuan kengkawan.
Untuk sem empat ni, kitorang kena LI kat tempat government. So I used to choose MPSP (Majlis Pembandaran Seberang Perai) as my first experience being so-called planner. Surat approval dari UTM siap lewat hokay. So process pun berjalan slow mlow marshmellowww.
Baru dua hari lepas aku gi gesel-gesel kat MPSP tu. Whoaaa enam belas tingkat. Cantik pulok tu. Semangat kot nak praktikal kat tempat grand gitu. Uuuuuuuuuuuu
Haritu yang pegi reunion ngan GBS kat Alostaq, adalah lalu depan MBAS (Majlis Bandaraya Alor Star). Dua tingkat je? *tiup tudung*
Padahal bandaraya kot.
Proceed. Malang sekali, MPSP cakap budak untuk praktikal dah full full full *nyanyi full house* Wuaaaaaaa. Aku kecewa kot. Kalau praktikal kat MPSP dah la dekat, senang, takyah pikir tiket nak balik Penang lagi.
Sebab nya praktikal tu dari June sampai September. And again I'm gonna celebrate my fasting months full kat rumah! Ini heaven ye.
Emm aku mula buat assumption, kalau tak dapat Penang, aku nak selit celah mana lagi. Kalau tak dapat Penang memang aku plan nak gi Cyberjaya or Putrajaya. Sebab tempat tu besar and sure best kan. Tapi jaohhhhhhh. Dendang perantau ni menyakitkan tahu.
Kesimpulannya, studio Isnin ni memang kena confirm sesiap. Ahhh Isnin ni bermulalah hidupku yang serabut dengan project dan panel menari-menari di luar legar palahotak ku! Selekeh!
Mohon Isnin ni ceria dan cool so that sem aku akan berjalan dengan licin dan ceriaaaaa. Untuk kite-kite ajee.
Guys, please pray for me. Aku down actually nak balik UTM ni. Result menurun 0.11 dari sem lepas. Result sem lepas hambek ni tengok INI. Ya ALLAH tolongla kuatkan aku face all these stuffs. Banyak main ni aku sem lepas. Sem ni berazam weh!
Sem depan busy gila confirm! Dengan sem 4 yang makin susah plus PSA yang akan diadakan hujung tahun ni. PSA tu apa? Planning Students Assembly. Nanti la aku cerita lebih lanjut pasal ni. Abang Padil ni kalau PM aku kat facebook takda sebab lain. Haruslah pasal PSA.
Fighting Nuraisha fighting!



